Realiti Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan

Sekiranya sebelum ini persepsi kita mengenai pekerjaan pengawal keselamatan ini biasanya pekerjaan yang dijalankan oleh bekas askar atau polis yang telah pencen. Namun kini siapa sahaja boleh bekerja sebagai pengawal keselamatan tanpa mengira latar belakang pekerjaan dan umur. Yang penting sihat tubuh badan dan tiada rekod KDN.

Antara faktor penarik pekerjaan pengawal keselamatan ini adalah faktor gaji. Tidak dinafikan gaji sebagai pengawal keselamatan ini hanyalah gaji minimum RM 1500 sebulan dan berkerja 8 jam sehari. Bekerja 6 hari seminggu. Namun biasanya selepas 8 jam bekerja. Pengawal keselamatan perlu buat kerja lebih masa atau OT selama 4 jam yang menjadikan kerja pengawal keselamatan perlu bekerja 12 jam sehari.

Faktor yang menyebabkan orang tidak suka bekerja pula ialah faktor terpaksa bekerja 12 jam sehari. Ini bermakna separuh masa pengawal keselamatan tersebut adalah untuk bekerja.Ini juga membuatkan ramai pengawal keselamatan memilih untuk berhenti kerja. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan situasi ‘bocor’ dimana ada masa suatu tempat tiada pengawal keselamatan kerana kekurangan anggota.

Keadaan ini ditambah pula dengan SEGELINTIR syarikat pengawal keselamatan yang mencuri gaji pengawal keselamatan dengan tidak membayar upah lebih masa mengikut kiraan yang betul. Dalam erti kata lain membayar upah lebih masa lebih rendah dari sepatutnya. Apabila perkara ini diketahui oleh pengawal keselamatan, ia akan menjejaskan motivasi pekerja untuk bekerja.

Keadaan tersebut menyebabkan ada pengawal keselamatan memilih untuk bekerja beberapa bulan sahaja. Mereka berfikir ” lagi lama aku bekerja, lagi banyak wang upah lebih masa aku dicuri oleh syarikat aku”.

Kadang-kadang pengawal keselamatan sedar tentang perkara ini tetapi memilih untuk berdiam diri sahaja kerana takut dibuang kerja sekiranya mengadu di Pejabat Buruh atau memilih mengadu selepas berhenti kerja. Ada juga memlih untuk berdiam diri kerana sebab tiada pekerjaan lain.

Tidak dinafikan ada syarikat yang bagus yang membayar gaji dan upah kerja lebih masa mengikut undang-undang. Saya tabik kepada syarikat ini dan ucapkan tahniah. Syarikat bagus yang membayar gaji dan upah lebih masa mengikut undang-undang buruh biasanya tiada isu kekurangan pekerja. Malah pekerja juga bermotivasi untuk bekerja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top