Pengawal Keselamatan Bekerja 12 Jam

Pekerjaan sebagai pengawal keselamatan biasanya terpaksa bekerja selama 12 jam sehari. Ini bermakna separuh hidup pengawal keselamatan adalah untuk bekerja. Perkara ini bukan satu rekaan kerana penulis sendiri bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Oleh kerana terpaksa bekerja 12 jam sehari. Cuti pula biasanya 1 hari seminggu. Ini bermakna setelah bekerja selama 6 hari seminggu. Ada 1 hari untuk cuti.

Pekerjaan sebagai jaga memerlukan pengorbanan yang tinggi bukan sahaja dari diri pengawal keselamatan sendiri. Malah keluarga pengawal keselamatan juga perlu berkorban. Anak-anak, isteri atau suami terpaksa merelakan bapa , suami atau isteri bekerja selama 12 jam untuk mencari rezeki.

Itulah sebab utama mengapa gaji dan bayaran lebih masa ( overtime ) pekerja pengawal keselamatan perlu dibayar mengikut kiraan yang betul mengikut undang-undang buruh bukannya ikut suka majikan.

Penulis juga bekerja sebagai pengawal keselamatan. Penulis memahami pengorbanan seorang pengawal keselamatan yang berkerja di Malaysia. Penulis ingin membantu sahabat sahabat untuk menuntut gaji dan bayaran overtime sekiranya didapati jumlahnya adalah kurang.

Untuk tulisan pertama dan pembukaan blog ini. Ingin saya ucapkan terima kasih kerana membaca tulisan saya yang pertama ini. Saya akan terus menulis untuk membangkitkan isu lain dalam tulisan saya yang akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top