
Berikut adalah formula pengiraan gaji lebih masa OT untuk Pengawal Keselamatan dan pekerjaan lain.
Terdapat 3 jenis hari iaitu:
- Hari Kerja Biasa
- Hari Kerja Pada Cuti Rehat
- Hari Kerja Pada Hari Public Holiday
Kadar upah dikira berdasarkan separuh hari atau 1 hari penuh. Sekiranya seseorang pekerja dipanggil membuat kerja lebih masa 4 jam ke bawah ia dikira separuh hari. Sekiranya seseorang bekerja lebih 4 jam sehingga 8 jam. Ia dikira 1 hari penuh.
Ok. Kita mulakan dengan hari kerja biasa.
Pada hari kerja biasa. Pengiraan lebih masa bermula selepas 8 jam bekerja. Anda hanya perlu kira berapa jam anda membuat kerja lebih masa tersebut. Bagi Pengawal Keselamatan biasanya 4 jam selepas 8 jam waktu kerja biasa.
Formula:
Upah bahagi 26 = X
X bahagi 8 jam = Y.
Y x 1.5 = jumlah Overtime .
Bahagian kedua pula jika bekerja pada hari rehat.
Pada hari rehat tetapi terpaksa bekerja. Untuk 8 jam pertama.
Upah/28 = X
X bahagi 8 = Y.
Y x 1.5.
Selepas 8 jam bekerja. Sila kira jumlah jam OT.
Upah di bahagi 26 = X
X dibahagi 8 = Y.
Y di kali dengan 2= jumlah ringgit overtime pada hari tersebut.
Sekiranya anda dipanggil bertugas pada hari kelepasan AM atau public holiday.
Untuk 8 jam pertama bekerja.
Upah dibahagi 26 kemudian di kali 2.
Selepas 8 jam bekerja .
Upah dibahagi 26 = X
X dibahagi 8 = Y.
Y kemudian di kali 3 .
Ini adalah formula pengiraan. Jangan risau sekiranya anda tidak faham. Pihak kami boleh membantu anda.
Sekian.