
Sebelum aduan ke Mahkamah Buruh dibuat. Kita perlu membuat kiraan Bayaran Bekerja Lebih Masa terlebih dahulu untuk mengesan sekiranya terdapat penipuan dalam kiraan gaji dan bayaran bekerja lebih masa oleh pihak majikan.
Terdapat banyak dokumen perlu dilihat dan beberapa soalan perlu ditanya oleh pengadu sebelum pihak kami membuat kiraan secara tepat. Di peringkat ini kami akan menggunakan kepakaran kami untuk membuat kiraaan berdasarkan Akta Kerja 1955
Antara soalan yang akan ditanya seperti:
1.Gaji kasar bulanan
2.Jumlah jam waktu bekerja hari biasa
3.Berapa jam bekerja lebih masa pada hari biasa
4.Pelbagai lagi soalan.
Ok. Itu bahagian yang mudah. Sekarang kita bincang sedikit bahagian yang lebih rumit iaitu melantik wakil untuk mewakili anda di Mahkamah Buruh. Perlu diingat melantik wakil adalah pilihan sahaja. Jika anda sanggup bercakap mewakili diri sendiri di Mahkamah Buruh. Di persilakan.
Jika anda mewakili diri sendiri semasa perbicaraan berlangsung. Anda perlu melakukan aktiviti seperti:
1.Memberi keterangan.
2.Menjawab soalan dari peguam pihak majikan.
3.Menjawab soalan dari pihak pejabat buruh
4.Mendengar keterangan dari pihak majikan
5.Bertanya soalan kepada pihak majikan
6.Pejabat buruh juga akan bertanya soalan kepada pihak majikan.
7.Membuat hujahan bertulis selepas selesai perbicaraan.
Sekian.