
Asas untuk mengira overtime atau bayaran lebih masa sebenarnya sama sahaja kerana menggunakan formula Gaji Pokok RM 1500 ( akan menjadi RM 1700 pada tahun 2025 )
Sebagai contoh RM 1500 dibahagi dengan 26 : RM 57.692
Kemudian RM 57.692 dibahagi 8 jam : RM 7.211
Kemudian akhirnya akan dikalikan dengan nilai samada :
A. 1.5
B. 2
C. 3.
Sebagai contoh RM 7.211 di kali dengan 1.5 : RM 10.817
Ini bermakna pada hari biasa. Kadar upah lebih masa pengawal keselamatan ialah RM 10.817 sejam.
Jika hari ini anda sudah bekerja 8 jam kemudian overtime selama 4 jam.
Jumlah overtime anda RM 10.817 di kali dengan 4 : RM 43.26
Ok. Sekiranya dalam sebulan contohnya bulan ini anda bekerja selama 26 hari.
Jumlah upah lebih masa overtime anda dalam sebulan tersebut ialah RM 43.26 dikali dengan 26 : RM 1,124.76.
Jumlah gaji anda pula RM 1500+RM 1,124.76 : RM 2,624.76
Namun jumlah tersebut bukanlah secara tepat lagi. Hanyalah jumlah secara kasar kerana belum lagi ambil kira sekiranya anda bekerja dan buat overtime pada hari kerja pada cuti rehat dan hari bekerja pada cuti umum sekiranya anda.
Namun jangan bimbang sekiranya anda tidak mahu pening kepala membuat kiraan. Pihak kami boleh membuat kiraan untuk anda.
Persoalan di sini ialah samada anda sebagai pekerja tak kesahlah anda bekerja sebagai pengawal keselamatan atau apa sahaja kerja prihatin dengan kiraan yang di buat oleh syarikat anda.
Sikap tidak kesah sebenarnya merugikan pekerja itu sendiri. Saya selalu terjumpa kes kiraan lebih masa tidak mengikit kiraan diatas. Sebagai contoh semua di kalikan dengan 1.5 sahaja sedangkan ada masa pekerja bekerja pada cuti rehat dan cuti umum. Perkara ini sebenarnya merugikan pekerja sendiri kerana menerima bayaran lebih masa atau overtime yang lebih rendah.
Sedihnya ada pekerja tidak ambil kesah kerana tidak faham cara pengiraan lebih masa ini.
Sekian.