Isu Gaji Lump Sum Pengawal Keselamatan

Gaji pengawal keselamatan yang dibayar secara lump sum atau lumsum dari sudut undang-undang buruh sebenarnya salah kerana:

  1. Gaji pengawal keselamatan perlu dikira secara tepat dan telus terutamanya bayaran lebih masa overtime OT.
  2. Bayaran lebih masa overtime OT adalah berbeza setiap bulan terutamanya sekiranya seseorang pengawal keselamatan perlu bekerja pada cuti rehat atau cuti umum.
  3. Gaji yang dibayar secara lump sum biasanya adalah rendah dari yang sepatutnya diterima oleh pengawal keselamatan.

Sebagai contoh sekiranya gaji dan bayaran bekerja lebih masa pada bulan lepas contohnya RM 2800 tetapi gaji lump sum hanya dibayar RM 2500 sahaja. Kemana perginya RM 300 itu? Masuk poket company?

Memang tidak dapat dinafikan ada company yang berbuat demikian. Ada pengawal keselamatan terpaksa bekerja juga kerana faktor desakan hidup.

Selain itu ada juga pengawal keselamatan menerima syarat pembayaran gaji lump sum ini kerana tidak tahu gaji lump sum tidak dikira secara tepat dan telus.

Ada juga pengawal keselamatan tahu gaji dan OT lump sum adalah salah tetapi takut untuk report kepada pihak berwajib kerana takut dibuang kerja. Biasanya mereka ini menunggu apabila mereka berhenti dari bekerja dari sesebuah syarikat barulah mereka report kepada pihak berwajib.

Dalam situasi di atas. Report kepada pihak berwajib selepas berhenti adalah pilihan yang selalu dipilih oleh pengawal keselamatan. Kita memahami mengapa mereka berbuat demikian.

Bayangkan dalam sebulan. RM 300 “hilang” tanpa dibayar kepada pekerja. Cuba bayangkan sekiranya pengawal keselamatan itu bekerja selama 3 tahun.

RM 300 X 12 X 3 : RM 10,800.

RM 10,800 banyak jumlahnya dalam kehidupan sekarang. Boleh beli 2 buat motosikal baru! Boleh diguna untuk kegunaan anak untuk belajar ke universiti untuk 1 semesta.

Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top